Nampaknya segala susa jerih kak min atau ada orang memanggil dengan nama manja "Minah ronggeng" tak berbaloi bila beliau hanya mendapat 392 undi. Berbagai usaha dibuat seperti mengeluarkan CD, dan sebagainya tidak dilayan oleh rakyat terbanyak. Ketokohan calon PKR, Mansor Othman masih tidak tergugat dengan memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi atau menang dengan majoriti 5,558 undi. Selain kak min calon bebas yang lain juga hilang wang pertaruhan, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Situasi beginilah yang digeruni oleh UBN, mana nak letak muka kalau dah hilang wang pertaruhan. Apa erti hidup jiga samapai ke tahap itu ditolak oleh rakyat...lebih baik jangan bertanding biarpun diperli oleh pihak lawan bertubi-tubi..Apa-apapun GMU ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Dr Mansor.
Ahad, 31 Mei 2009
Kak Min hilang wang pertaruhan
Nampaknya segala susa jerih kak min atau ada orang memanggil dengan nama manja "Minah ronggeng" tak berbaloi bila beliau hanya mendapat 392 undi. Berbagai usaha dibuat seperti mengeluarkan CD, dan sebagainya tidak dilayan oleh rakyat terbanyak. Ketokohan calon PKR, Mansor Othman masih tidak tergugat dengan memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi atau menang dengan majoriti 5,558 undi. Selain kak min calon bebas yang lain juga hilang wang pertaruhan, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Situasi beginilah yang digeruni oleh UBN, mana nak letak muka kalau dah hilang wang pertaruhan. Apa erti hidup jiga samapai ke tahap itu ditolak oleh rakyat...lebih baik jangan bertanding biarpun diperli oleh pihak lawan bertubi-tubi..Apa-apapun GMU ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Dr Mansor.
Manfaatkan suasana majlis walimatul urus
Disana-sini musim cuti sekolah ni dipenuhi dengan majlis walimatul-urus, dimana tumpuannya setiap hari Sabtu dan Ahad.
Mengambil kesempatan menghadiri walimatul urus yang sedang rancak dewasa ini memang baik jika diambil kesempatan beramah mesra dengan sahabat-sahabt lama. Biasanya masa majlis seperti ini semua sahabat handai dijemput. Peluang begini sepatutnya tidak disia-siakan yang memang sukar didapati. Kadang kawan-kawan sekolah yang dah 20 tahun tak jumpa, boleh bertemu dan bertanya khabar. Begitu juga dengan saudara-mara yang payah sangat nak bertemu muka...walaupun di hari raya..Hasil kerja gopoh BN
Blog PASBANGI telah mendedahkan keadaan Pusat Komuniti ini dalam posting sekitar Jun 2008 yang kelihatan begitu rapuh dan telah dibina dengan tergopoh-gapah oleh UBN menjelang PRU 2004. Strukturnya tidak kukuh lebih-lebih lagi ke adaan tembok yang memgari Pusat Komuniti ini sangat tidak selamat. Diberitakan keseluruhan bangunan ini termasuk pagarnya dibina dalam sekelip mata sebagai markas UBN untuk menghadapi pilihanraya. Bangunan ini sepatutnya tidak mendapat kelulusan MPKj tetapi kemungkinan MPKj ditekan supaya setuju dan memejamkan mata terhadap Markas ini.

Foto jarak dekat
Sabtu, 30 Mei 2009
Muslim genius 2
Selepas dunia pernah heboh dengan genius matematik dari keluarga Muslim Sufiah, di UK terkini timbul satu lagi genius matematik juga dari keluarga Muslim di Stockholm Sweeden. Anak kepada keluarga yang berasal dari Iraq ini berumur 16tahun telah berjaya memecah kebuntuan ahli matematik dunia dengan menyelesaikan masalah matematik yang tak terurai sejak 300 tahun. Setelah meneliti masdaalah matematik tersebut selama 4 bulan genius ini Mohamed Altoumaimi berjaya menemui formula yang boleh menerangkan dan menguraikan sistem nombor Bernoullis iaitu satu "sequence of calculations" yang dinamakan mengikut nama seorang pakar matematik Sweeden Jacob Bernoulli.
Hasut, di mana keadilannya
“Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu. Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap ‘bahaya’ apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.
“Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.
Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.“Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi.
“Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan ‘desperate’ untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ,” katanya. Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor, Aminah Ronggeng (panggilan manisnya kak Min tetapi kak Min tak kisah dipanggil Minah Ronggeng-glamour gitu, dan 2 lagi calon yang tidak popular.
Musim walimatul urus
Jumaat, 29 Mei 2009
Beriya-iya pasal CP ni ada udang disebalik batu ka?
Katanya kepulangan semula Chin Peng boleh mencetuskan sentimen tidak puas hati terutama di kalangan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis dan anggota keselamatan yang terkorban ketika pemberontakan PKM dahulu. Adalah dilaporkan bahawa dalam tempoh PKM mengganas antara 1948 hingga mereka meletakkan senjata pada 1989, kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terkorban.
Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng kembali menetap di negara ini.
Katanya kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali pada pejuang negara dan ahli keluarga yang terkorban akibat angkara pemberontakan PKM.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetapkan di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negar
Tak boleh tengok orang berjaya

Siapa Aminah di mata media perdana?
Aminah sejak 13 Mei lalu mendakwa dikunjungi dua ahli PKR di rumahnya di Jelutong dan ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Ahad ini dan menyertai semula parti itu.
Beliau juga ditawarkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan gantirugi sebanyak RM88,000 termasuk deposit bertanding DUN di Penanti.
Katanya, beliau juga mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai 'peristiwa' di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada tahun 2007.
Siapa Aminah untuk ditawarkan begitu banyak tawaran?, penting ke dia ni bagi Pakatan Rakyat?, jatuhkah sebuah kerajaan jika dia tidak ditawarkan apa-apa?....
Khamis, 28 Mei 2009
Gempar - bangunan Jaya Supermarket runtuh
PETALING JAYA 28 Mei – Seorang buruh warga Indonesia maut, manakala enam lagi dikhuatiri tertimbus apabila bangunan lama pusat membeli belah Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14 di sini runtuh ketika kerja-kerja mengubah suai dilakukan.bMenurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, kejadian dipercayai berlaku pukul 4.45 petang ini.
“Seramai 150 pegawai dan anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela dikerahkan ke tempat kejadian.
“Dua daripada mangsa sudah diselamatkan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala enam lagi dikhuatiri tertimbus,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Katanya, usaha mencari dan menyelamat dijalankan menjurus kepada kawasan di mana posisi mangsa-mangsa yang tertimbus dikenal pasti. – Utusan.
Rabu, 27 Mei 2009
Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
| | | |
SHAH ALAM, 20 Mei - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bakal merintis langkah pertama proses penjenamaan semula dengan mengadakan Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Rebranding PPAS).
Sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang ingin turut menjadikan perpustakaan sebagai Hub Ilmuwan, pelancaran ini bakal menarik lebih ramai pengunjung dan pencinta buku ke perpustakaan.
Logo Baharu Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Majlis Pelancaran bakal disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 26 Mei (Selasa) jam 10.00 pagi di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Turut serta Eksko Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Puan Dr Hjh Halimah bt Ali merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPAS.
Mastura Hj Muhammad
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Juara single
Selasa, 26 Mei 2009
Tiada insaf bagimu
Jiran-jiran dah banyak bagi amaran pada pakcik ni, "pakcik dah tua, hari tu pun dah sambut harijadi ke 65 tahun. dah 5 kali masuk ICU, udah-udah lah tu, ikut arahan doktor, ubah perangai..., perangai lama tu orang ramai tak suka..." Pak cik ni memang jenis degil, "tak ngape, pakcik dah dapat ubat kuat baru, impot dari Pekan, jadi tak ada hal lah buat keje lama pun.." Jadi jiran-jiran nak kata apa lagi "ye la pakcik.." Maka pak ciktu pun teruslah buat perangai lama yang telah maklum oleh semua orang kerana perangai dan tabiat tu lah dia dibenci dan ditolak dalam pemilihan umum baru ni dan pemilihan kecil-kecilan dah 4 kali. Sekarang dah mula balik perangai dan tabiat lama, tangkap orang tu tangkap orang ni, guna tv tu guna tv ni, rampas hak orang bagi menantu sendiri...bla, bla bla. Nanti kat Manik Urai nanti tabur lagi seribu janji, kat Penanti tak minat, tak kik, kat Manik Urai ni baru tabur mee segera, jalan segera, jembatan segera,...dan macam-macam segera..
Isnin, 25 Mei 2009
Fotostat copy
Ahad, 24 Mei 2009
Fikir 10 hingga 100 kali sebelum upload ke internet
Apa sahaja yang anda upload ke internet seperto foto ke Facebook, fotopages, friendster, Flikr dan lain-lain lagi anggaplah ia akan selama-lamanya disitu. Sebabnya, walaupun ada suatu ketika and a merasakan foto tersebut tidak sesuai dan perlu dinyah dari internet dengan men "delete" anda patut tahu ia tidak hilang walaupun tiada lagi kelihatan. Anda akan dapati kemudiannya URL tersebut mengeluarkan kembali jika link tempat ianya resida masih berfungsi. Ini belum lagi foto atau artike tersebut telah disalin oleh berbagai pihak atas berbagai sebab.
Penelidik dari Unversiti Cambridge telah merakamkan penemuan mereka "that nearly half of the social networking sites don't immediately delete pictures when a user requests they be removed. In general, photo-centric websites like Flickr were found to be better at quickly removing deleted photos upon request". Why do "deleted" photos stick around so long? The problem relates to the way data is stored on large websites: While your personal computer only keeps one copy of a file, large-scale services like Facebook rely on what are called content delivery networks to manage data and distribution. It's a complex system wherein data is copied to multiple intermediate devices, usually to speed up access to files when millions of people are trying to access the service simultaneously. (Yahoo! Tech is served by dozens of servers, for example.) But because changes aren't reflected across the CDN immediately, ghost copies of files tend to linger for days or weeks. In the case of Facebook, the company says data may hang around until the URL in question is reused, which is usually "after a short period of time." Though obviously that time can vary considerably.
Of course, once a photo escapes from the walled garden of a social network like Facebook, the chances of deleting it permanently fall even further. Google's caching system is remarkably efficient at archiving copies of web content, long after it's removed from the web. Anyone who's ever used Google Image Search can likely tell you a story about clicking on a thumbnail image, only to find that the image has been deleted from the website in question -- yet the thumbnail remains on Google for months. And then there are services like the Wayback Machine, which copy entire websites for posterity, archiving data and pictures forever.
The lesson: Those drunken party photos you don't want people to see? Simply don't upload them to the web, ever, because trying to delete them after you sober up is a tough proposition
Jumaat, 22 Mei 2009
ggura bewok
Biasalah HERO menang kemudian dan berkat
Kembalinya seorang pejuang gigih
Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.
Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.
Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN (Harakah)
Wajib mendaftar penulis blog - langkah ke belakang
Kapal BN semakin bocor,...
Teralu menghimpit gerakan politik, jenayah yang bermaharajalela
Khamis, 21 Mei 2009
Luar negara - Peluru berpandu Iran mampu mecapai negara Israel
Mahmoud Ahmadinejad claimed today that Iran has successfully test fired a new medium-range missile capable of striking as far as Israel or southern Europe. The Iranian President told a cheering crowd that the military had launched a surface-to-surface missile called Sejil-2 which has a range of about 1,200 miles. “I was told that the missile is able to go beyond the atmosphere then come back and hit its target. It works on solid fuel,” Mr Ahamdinejad said during a speech in Semnan, northern Iran. “The defence minister told me today that we launched a Sejil-2 missile, which is a two-stage missile and it has reached the intended target.” (Sumber Yahoo)
Bab aircond kereta
Please open the windows after you enter your car and do not turn ON theair-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard, sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage. It is recommended that you open the windows and door to give time for the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.
Lagi ..antara tanda dunia akhir zaman
Seorang pelajar dari Romania berusia 18 tahun, Alina Percea, yang melelong daranya di Internet sejak dua bulan lalu akhirnya melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki ahli perniagaan dari Bologna, Itali berusia 45 tahun yang menjadi pemenang lelongan daranya. Remaja jelita itu melakukannya bersama lelaki tersebut yang memenangi bidaan dengan harga AS$13,599 (RM48,159) sekali gus berjaya mendapat dara Alina. Dia turut membiayai kos penerbangan Alina ke Itali dan mereka menginap di sebuah hotel mewah di Venice. Dunia sudah sampai ke penghujung usia, perbutan melelong maruah diinternet, melakukan zina di war-warkan sebagai sesuatu yang begitu dibanggakan, bahkan diceritakan secara terperinci kepada umum umpamanya beliau menceritakan detik-detik dari ketibaan di sebuah lapangan terbang di Venice, lelaki itu datang menyambutnya dengan senyuman dan menghadiahkan sekotak coklat , kemudian bersiar-siar di sekitar Venice, pulang ke hotel, bercium dan menanggalkan baju masing-masing, baring di atas katil sampailah ke saat akhir.PLKN lagi...masaalah keracunan pulak
Rabu, 20 Mei 2009
Apa nak jadi dengan warga muda kita?
KUANTAN: Kegiatan maksiat membabitkan pasangan kekasih yang tidak segan silu bercumbu termasuk mengadakan hubungan seks di kawasan pantai Teluk Cempedak dan Teluk Tongkang, di sini, semakin menjadi-jadi menyebabkan ramai pengunjung menyuarakan tidak puas hati dan meminta pihak berkuasa agama segera memantau lubuk maksiat itu.Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Yon, 40, berkata dia sering terserempak dengan beberapa pasangan memadu asmara di tempat terbuka sehingga ada yang menunjukkan aksi tidak senonoh ketika berjoging di pantai berkenaan.Malah, dia mendakwa sempat merakam perbuatan terkutuk sepasang kekasih menggunakan kamera telefon bimbit, baru-baru ini, untuk dijadikan bukti bahawa kawasan riadah dilatari kehijauan Hutan Lipur Bukit Pelindung itu menjadi lokasi strategik kegiatan maksiat.Menurutnya, aksi sepasang kekasih melakukan seks di celah batu besar termasuk dalam air di tepi pantai itu dirakam ketika berjoging kira-kira jam 3 petang, 17 Mei lalu. (Petikan Harian Metro 20 May 2009)
Semenyih dah diserang?
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pelatih tersebut mempunyai gejala demam, batuk yang ringan, sakit tekak dan sakit badan sejak 14 Mei lepas.
Katanya daripada jumlah itu, 26 telah dirawat di bilik isolasi kem, tiga di Hospital Kajang, seorang daripadanya di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua lagi di wad perubatan.
Seorang lagi pesakit telah keluar dari hospital semalam, menurut kenyataan itu. — Bernama
Isnin, 18 Mei 2009
Lagi wabak baru...
Komandan di semua 80 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara diminta segera melaporkan kepada hospital terdekat jika wujud simptom, terutama wabak influenza A(H1N1) dan meningitis yang membabitkan pelatih di kem mereka. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata langkah ini bertujuan supaya pencegahan dan kawalan segera boleh diambil.“Dalam hal ini kita juga meminta pembantu perubatan dan jururawat Kementerian Kesihatan yang ditempatkan di kem berkenaan supaya turut memainkan peranan sama. Jika didapati mana-mana pelatih ada tanda ini, kita minta supaya mereka segera dihantar ke hospital berdekatan,” katanya
Ada lagi tak diamalkan sekarang ini?
Pada Zaman Pertengahan yang diketahui sebagai era tidak bertamadun, kaedah seksaan paling kerap dilakukan ke atas mereka yang didakwa sebagai pengintip, pengkhianat serta pencuri. Antara kaedah popular bagi memaksa mangsa mendedahkan maklumat ialah menggunakan kerusi khas yang ditusuk dengan senjata tajam serta roda gergasi. Beberapa kaedah yang digunakan bagi melakukan seksaan ke atas mangsa pada Zaman Pertengahan ini.Mencabut gigi/kuku
Memukul/belasah
Membutakan mata
Merendam kaki atau tangan dalam air panas
Mencekik
Mencacatkan badan
Melemaskan tahanan atau mangsa
Disebat/dirotan
Mengerat alat sulit
Membiarkan tahanan kelaparan
Sabtu, 16 Mei 2009
KENAPA SEKARANG UMNO TAKUT DENGAN PILIHANRAYA
..?Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah2 sekarang ini telah hilang jatidirinya hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya. Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam Pilihanraya. Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan muktahir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya. Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya. Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk mengadakan Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan.?
Berikut dihuraikan satu demi satu sebab2 yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:
1)Sokongan Rakyat.! UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas. Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri. Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa. Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang.Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja. Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi
2).. dan seterusnya sila baca komen Naruto dalam posting Jumaat 15 May 2009.
Calon AJK hebat-hebat belaka - TAKBIRRRR
1. Abdul Aziz Yaakob
2. Abdul Ghani Abdul Rahman
3. Abdul Ghani Shamsuddin
4. Abdul Halim Abdul Rahman
5. Abdul Wahab Ismail
6. Abdul Wahid Endut
7. Abdul Rani Osman
8. Abu Bakar Chik
9. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad
Pengikut setia?
Setakat ini juga Malaysia sudah menjadi anggota ke 34 negara yang diserang selesema H1N1 yang telah mencatatkan hampir 7,300 kes termasuk 65 kematiandi seluruh dunia. Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama 191 penumpang lain dengan pesawat MH091 Boeing B777-200 Penerbangan Malaysia.
Sewaktu tiba, dia dikatakan sihat tetapi mengalami demam dan sakit tekak selepas tiba di rumahnya. Dia kemudian dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh kelmarin.
Sebaik disahkan positif influenza A, dia terus dikuarantin dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Pada masa yang sama, pihak berkuasa kesihatan bertindak mengarahkan perintah kuarantin rumah terhadap lima ahli keluarganya sementara usaha mengesan 191 penumpang lain dilakukan.
Minta Tun M mengucap banyak-banyak
KUALA LUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau yakin memang berlaku rasuah di dalam Pas memandangkan perkara itu semakin berleluasa di negara ini.
Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, jangan kata dalam Pas tidak berlaku rasuah kerana parti itu juga seperti parti-parti lain di mana berlaku rasuah. ``Saya tidak hairan anggota parti itu buat benda yang bertentangan dengan ajaran Islam,’’ katanya. - Utusan
Antara tanda hampir qiamat
YB Idham dalam blognya Cinaislam memaparkan satu posting yang sangat relevan dengan situasi semasa. Beliau menyebut Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.Kalau kita perihatin dengan laporan media harian, cukup banyak laporan berkenaan dengan aktiviti zina terang-terangan ini di mana-mana sahaja dan dilakukan oleh semua generasi. Dari kana-kanak sekolah hingga datuk yang dah bongkok tiga. Kalau difikirkan sedalam-dalamnya macam tak logik budak bawah umur sudah terlibat aktiviti zina berulang-ulang kali, macam tak logik datuk berusia 70an berzina dengan cucu, tetapi itulah yang dilaporkan oleh media. Dua tiga hari lalu media melaporkan pelajar-pelajar di Kuantan melakukan aktiviti seks semasa sesi sekolah berlangsung, mereka ponteng beramai-ramai berpasangan untuk melakukan seks di Pantai Telok Cempedak. Semalam juga media memaparkan foto artis tempatan yang baru naik, berpesta arak malah mengambil foto dengan bangga sambil menunggang arak. Dimana pihak berkuasa?, mereka beralasan terlalu banyak tugas dan terlalu banyak kes, dah tak larat nak mengatasi semuanya. Rasanya ini semua bala bila salah mengundi..memilih pemimpin yang mengejar dunia yang mempermainkan tanggungjawab sebagai khalifah.
Lutfi di uji lagi
Di mana kedudukan bola sekarang?
Laporan media telah memaparkan kenyataan PM bola pembubaran DUN Perak ada pada Sulatan Perak bukan pada beliau. Beliau menyatakan demikian ketika ditanya saranan banyak pihak bahawa Najib sebagai Pengerusi BN boleh menasihati Sultan Perak, Sultan Azlah Shah supaya membubarkan DUN, Perdana Menteri menegaskan bahawa ia adalah hak sultan.
Awas peralatan letronik dari disambar petir
1) Menutup setiap peralatan bila berlaku hujan lebih-lebih lagi bila petir bermula.
2) Menyediakan "Power Surge" kepada talian telefon dan bekalan kuasa TNB.
3) Alat letronik tidak disambung terus dari bekalan kuasa tetapi melalui AVR (Auto Voltage Regulator)
4) UPS nampaknya tidak menyelamatkan peralatan bila berlaku serangan petir bahkan semua peralatan saya yang disambungkan UPS rosak ternasuk UPS sendiri.
5) Menyediakan dawai bumi yang effective untuk talian telefon, (bagaimana tu?, sebab untuk dawai bumi yang effective perlu tanak besi sedalam 5 kaki atau lebih dan seboleh-bolehnya mempunyai rintangan ke bumi kurang dari 5ohm.)
Lagi penyakit membawa maut
Meningitis: Seorang pelatih PULAPOL Jempol mati (BH15 May2009)
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat satu kematian di kalangan pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jempol, Negeri Sembilan, di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban semalam, akibat meningitis. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata hasil bedah siasat didapati mangsa menghidap "Acute Pericarditis" dan kementerian masih menyiasat punca sebenar kejadian ini. "Buat masa ini, terdapat dua kes yang dirawat di wad pengasingan Hospital Jempol. Keadaan mereka adalah stabil.
"Sebanyak 29 orang pelatih berada di dalam pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, aktiviti pemantauan ke atas pelatih dan kakitangan di PULAPOL itu terus dijalankan oleh petugas kesihatan selama 24 jam dan sesiapa yang mempunyai gejala jangkitan akan dirujuk terus ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut
Jumaat, 15 Mei 2009
Doakan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan
KOTA BHARU, 14 Mei (Harakah) - YAB MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat negeri ini mendoakan semoga Sultan Kelantan cepat sembuh. TG bersama beberapa anggota Exco telah menziarahi baginda di wad Diraja HUSM Kubang Kerian.Menurut TG, Baginda Sultan kini berada dalam keadaan stabil.
Khamis, 14 Mei 2009
Amboi-amboi Azwan, lupa diri sendiri ke?
Gara-gara tiada power surge
Semalam Rabu 13 May, hujan turun dengan lebat beserta angin ribut dan petir yang kuat. Tak sempat tiba dirumah, tersangkut di Kompleks PKNS Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Bila reda sedikit baru bergegas balik ke rumah. Sampai di rumah terpijak penutup "Splitter streamyx", tanya anak siapa main splitter ni. Salah seorang anak memberitahu masa hujan lebat tadi petir telah masuk sampai ke dalam rumah. Saya pergi check splitter tersebut mendapati hangus rentong, check telefon tak befungsi lagi. Modem streamyx, power ada tetapi lain-lain lampu terus padam. Chek UPS, pun tak berfungsi lagi, check LCD monitor juga tak berfungsi lagi. Saya dapati semua peralatan letronik yang tidak di cabut dari plug semasa petir habis semua rosak. Saya putus hubungan dengan internet. Saya cuba guna gprs celcom prepaid yang saya ada kredit lebih RM50 lagi, rasanya pakai tak sampai 1 jam kredit langsai. Itu pun akses ke internet sangan perlahan dan menyakitkan hati. Walaupun sudah membuat laporan kepada pihak TM, cuma talian telefon sahaja yang dapat dipulihkan, streamyx masih belum dapat digunakan lagi. Kebetulan malam ini anak yang belajar di Politek Port Dickson balik, saya pinjam Celcom Broadband dan dapatlah tulis sikit-sikit...Selasa, 12 Mei 2009
Apa-apa aje..
Cerita 1: Bekas isteri penyanyi Jamal Abdillah, Fatimatuzahra mengesahkan dia telah mengadakan hubungan kelamin dengan bekas suaminya selepas dua hari dia diceraikan dengan talak satu. Kata Jama dimahkamah “ saya buat hubungan itu (hubungan kelamin) untuk tujuan itu (satukan hubungan, rujuk kembali demi anak-anak). “Memang itu tujuan dan niat sebenar saya..... Tujuan untuk kembali bersama dan bagi peluang juga. Apa yang saya harapkan untuk keluarga ini berjalan dengan lancar...,”
Cerita 2: Pasangan Rich dan Velvet apabila mereka menyambut kelahiran permata sulung mereka, Joshia Richael Gimbang yang dilahirkan secara normal kira-kira pukul 10 pagi di salah sebuah hospital swasta di Sabah. Kelahiran Joshia pasti akan mengundang cakap-cakap yang kurang enak daripada pihak-pihak tertentu, apatah lagi pasangan itu baru saja mendirikan rumahtangga sekitar Disember tahun lalu. (Kawin Disember 2008?, dapat anak 1 May 2009?...ajaib ni)
Super Siva masih Speaker negeri Perak yang sah
Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi antaranya mengantung tugas 2 lagi pegawai kanan keajaan negeri selepas menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal yang berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah semalam. Pagi ini MB dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi. Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah. R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah. Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.
Pembuat onar digantung tugas
Selama ini mereka inilah yang disyakki membuat onar dalam negeri Perak. Mereka inilah yang dilihat beraja dimata bersultan dihati. Kekecohan yang diadakan membuatkan seluruh rakyat Perak dan kemuliaaan Sultan Perak menjadi permainan. Untuk memulihkan keadaan negeri seperti adanya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terpaksa menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin berkuat kuasa serta merta. Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing. Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi. Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Isnin, 11 Mei 2009
Lagi manusia keparat..
Saya paling geram sekali bila baca ada seorang manusia yang berpangkat datuk memiliki nafsu binatang yang sanggup memusnahkan masa depan seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu apabila dipercayai dirogol datuk tirinya yang selama ini menjadi tempat bergantung selepas mangsa kematian ibu. Tindakan jijik spesis iblis ini dipercayai dilakukan di rumah lelaki itu. Kejadian malang ini telah disedari pengasuh mangsa apabila melihat kanak-kanak itu berada dalam keadaan kesakitan ketika mahu membuang air kecil di tandas rumahnya lalu mengesyaki ada perkara buruk berlaku selepas mendapati cecair kuning mengalir di kemaluan mangsa, lalu wanita itu membawanya ke Hospital Machang untuk membuat pemeriksaan lanjut. Bila mangsa diajukan soalan berkaitan kesakitan dialami sebelum itu secara spontan berkata: ‘datuk buat gini-gini ke kemaluan’. Mangsa kemudia dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada hari sama untuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap kemaluannya.“Hasil pemeriksaan, pakar mendapati mangsa dirogol kerana ada kesan koyakan di bahagian kemaluannya.
Kembali ke tampuk
Sejarah terukir lagi, yang berhak telah dikembalikan haknya, yang disahkan haram sila lepaskan pegangan haram. Bersihkan diri kembali ke pangkal jalan. Tun Mahathir dah pesan, walaupun Melayu mudah lupa, janganlah buat sesuatu dengan tergopoh-gapah, akibatnya melantun kepada diri sendiri. Kalau dah dapat majoriti, bila tiba persidangan DUN buatlah undi tak percaya maka jatuh lah MB Pakatan Rakyat secara undang-undang dan lantik MB pilihan awak. Ini tak nyempat-menyempat culik 3 ADUN yang bermasaalah, mengadap Sultan dan angkat sumpah MB baru, tak kena dengan undang-undang. Sekarang siapa malu?, sendirilah tanggung. Siapa yang pening sepening-peningnya?, Datuk Najib juga yang pening akibat memilih salah orang untuk membuat tindakan.
Ingatkan boleh diharap rupanya membawa musibah kepada diri sendiri.Kalau tengok body language semasa persidangan DUN zaman jepun hari itu pun nampaknya Raja Muda lebih rapat dengan DS Nizar, seolah-olah Raja Muda sudah berbau yang DS Nizar akan memperoleh apa yang dia hilang dalam masa terdekat kembali sebagai MB yang sah. Keputusan Mahkamah memang ditunggu-tunggu oleh semua, tetapi seolah-olah hatrik Pakatan Rakyat, dalam melawan BN diarena politik, dimahkamah pun PR masih menang, macam skor 5-0. Ekoran dari keputusan yang berterusan memihak kepada PR Tok Guru Nik Aziz menyarankan semua ahli PR yang Muslim supaya solat Syukur dan berpuasa esok, Selasa 12 May 2009.
Ahad, 10 Mei 2009
Mano yang popular
2. Manoharan - ADUN Pakatan Rakyat Kota Shah Alam, bekas tahanan ISA
3. Manohara - Pragawati Indonesia yang berkahwin dengan kerabat DiRaja Kelantan
4. Mano poi - Loghat Negeri Sembilan yang bermaksid pergi kemana?
5. Mano a mutant - penjahat dalam karektor komik, siapa yang disentuhnya akan berkecai
6. Mano etnik - Satu kumpulan etnik di Liberia
7. Mano singer - Penyanyi latar Hindi, Telegu Malayalam dan Tamil untuk filem-filem Bollywood
8. Mano maniam - itu orang kopitiam punya aktor hebat..
Media oh media

Terima kasih kepada yang berbudi bukan kepada pencuri..
Kerajaan tidak mengharapkan atau menagih ucapan terima kasih daripada pemimpin pertubuhan haram Hindraf P. Utahayakumar yang dibebaskan semalam dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. “Memang kita tak mengharapkan dia berterima kasih, kita pun tahu dia degil, mengoyakkan bajunya sebelum dibebaskan, dan fitnah macam-macam,” katanya sebagai mengulas kenyataan Uthayakumar yang tidak akan berterima kasih kepada kerajaan yang membebaskannya. “Saya nak ingatkan dia bahawa dia kini adalah rakyat biasa, bebas dari ISA tidak bermakna dia ada imuniti kepada undang-undang lain,” kata Hishammuddin dalam satu kenyataan. Hishammuddin berkata segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Uthayakumar akan dibuktikan serta tindakan tegas akan dikenakan terhadap Uthayakumar sekiranya melanggar undang-undang sepertimana yang dilakukan orang biasa lain, “ katanya. (Utusan Malaysia)Seramai 13 tahanan ISA yang ditahan sejak Dis 2007 dibebaskan semalam bermakna hampir 2 tahun usia mereka dicuri oleh pihak berkuasa, perlukah berterima kasih...pakar kebudayaan kena jawab.
Mari bersenam di Tasik Cempaka


Ada kemudahan untuk berjoginh, bola sepak, acara keluarga seperti hari keluarga dan sebagainya.
Rileks sekejap



Masih panas
Kekecohan dalam DUN Perak seperti telah dirancang dengan rapi dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada jentera kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Adakah patut?, kerajaan sepatutnya bersikap adil terhadap rakyat tanpa mengira perbezaan parti dan pegangan agama.
Adakah patut:
Polis seperti telah bersiapsedia dengan skrip yang diberikan, menangkap siapa sahaja yang berada dalam lingkungan 500 meter dari bangunan DUN, Menangkap siapa sahaja yang mengajak berhimpun di Perak atas alasan keselamatan. Hj Mohamad bin Sabu ditangkap di KL, dituduh cuba membuat kekacauan di Perak, sedangkan beliau tiada satu pun program yang melibatkan beliau ke Perak. Adakah patut?. Tak patut...
Adakah patut:
Bentara tidak dibenarkan patuh pada arahan speaker V Sivakumar. Tak patut, sebab Bentara adalah dibawah kuasa speaker
Adakah patut:
Juruteknik PA system DUN membisukan semua mikrofon dalam dewan kecuali mikrofon Timbalan Speaker. Tak patut, ni kerja jahat menafikan suara ADUN dan speaker. Dengarnya ni kerja SUK Perak. Kena tanya DS Hj Nizar betul ke tidak. Tapi tak patut, kerana bila mikrofon Speaker tidak berfungsi mereka akan beri alasan tidak mendengar arahan Speaker dan menganggap Speaker gagal mejalankan tugas lalu Timblan Speaker ambil alih tugas dan melantik Ganesan sebagai Speaker baru. Sebenarnya sudah pecah anak tekak Speaker V Sivakumar memberi arahan, sebab mikrofon tak berfungsi maka dalam hingar-bingar yang disengajakan kelihatan V Sivakumar tidak berbuat apa-apa untuk memulakan sidang DUN
Arahan Speaker V Sivakumar yang tidak diendahkan: "Semua ADUN yang digantung HAK diminta keluar", depa buat pekak badak je. "Semua individu yang tidak berkenaan dengan DUN diminta keluar", depa buat pekak badak je. "Bentara sila ikut arahan Speaker", pun buat pekak badak je. Kerana…Semua ADUN BN dan bebas dilarang patuh arahan Speaker DUN V Sivakumar. Lalu…semua orang tahu akhirnya satu kumpulan Gerak Khas mengangkut Speaker bila diberi isyarat dan mengurung didalam bilik yang disediakan.
Adakah patut?..tak patut, akibat dari itu akan keluar seluruh media perdana ADUN Pakatan Rakyat buat kecoh di sidang DUN Perak, tidak beradab, tak hormat Raja, OKU pun dimaki hamun, gerakan bermula ke arah REPUBLIK dari DUN Perak, dan berbagai lagi. Ohhh memang tak patut.
Rencana menghasut oleh Utusan Malaysia - sila baca
MEMALUKAN, tidak beradab dan gila kuasa. Itulah antara ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kekecohan yang dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, Khamis lalu.
Kejadian penuh drama itu menyaksikan ADUN pembangkang hilang kewarasan dan emosional sehingga menjadikan suasana tegang, yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.
Lebih daripada itu, rakyat melihat insiden tersebut sebagai suatu penghinaan kepada institusi raja. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa menunggu lima jam sebelum dapat menyempurnakan majlis perasmian.
Malah pada ketika baginda hendak menyampaikan titah ucapan, pembangkang bertindak mengganggu dengan memohon untuk mengemukakan bantahan. Keadaan itu memaksa Raja Nazrin memanggil bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dan bekas exco kanan, Ngeh Koo Ham merapati baginda.
Raja Nazrin antara lain menyatakan kepada kedua-duanya bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam suasana sedemikian. ‘‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,” titah baginda sambil meminta kedua-duanya memberitahu barisan ADUN pembangkang yang ketika itu berdiri sebagai tanda bantahan, agar duduk supaya upacara boleh diteruskan dengan lancar.
Awang menung panjang sambil memendam rasa marah dan kecewa. Belum pernah raja diganggu sedemikian dan terpaksa meminta ADUN untuk menghormati ucapan baginda. Lalu terlintas di kepala Awang, apa hendak jadi jika pakatan pembangkang memerintah negara.
Anehnya ketika BN boleh menerima hakikat kehilangan kuasa sebaik sahaja tumbang di Perak, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum lalu (selain yang pernah terjadi di Kelantan, Terengganu dan Sabah), pembangkang pula bertindak sebaliknya.
Pakatan pembangkang selalu mendakwa kerajaan BN melaksanakan hukum rimba tetapi siapa yang sebenarnya yang berbuat demikian. Apakah ini budaya politik baru yang dirintis oleh pembangkang? Apakah undang-undang perlu sentiasa memihak kepada mereka dan jika tidak maka dituduh pihak lain yang salah. Dengan kata lain, mereka sahaja mesti betul, lebih berhak daripada orang lain dan mesti terus berkuasa dengan memanipulasi demokrasi untuk kepentingan politik.
Tidak menghairankan jika suasana dalam dewan yang mulia umpama acara sarkas dengan ADUN pembangkang mengkasari, menjerit-jerit dan mencaci. Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (bebas) yang berstatus Orang Kurang Upaya turut dihina kerana kecacatannya dan diancam oleh ADUN pembangkang. Bekas Speaker, V. Sivakumar pula bersikap kebudak-budakkan enggan mengosongkan kerusi yang bukan lagi haknya. Beliau sendiri yang melacurkan undang-undang. (Tindakannya menggantung Menteri Besar, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exco BN sebelum ini telah diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu). Percayalah, senario semacam itu tidak akan dibenarkan berlaku di China, India, Singapura mahupun di negara-negara Barat.
Legitimasi atau kesahihan BN berkuasa di Perak adalah jelas dan semudah menghafal sifir untuk kanak-kanak. Pada masa ini, BN dan pakatan pembangkang masing-masing mempunyai 28 kerusi DUN. Di pihak BN, UMNO memiliki 27 kerusi dan MCA satu kerusi. Pembangkang diwakili DAP (17), Pas (6) dan PKR (5). UMNO sendiri ternyata merupakan parti tunggal yang paling banyak kerusi. Bagaimanapun, DUN yang mempunyai 59 kerusi itu kini dikuasai semula BN selepas tiga ADUN pembangkang bertindak menjadi wakil bebas dengan memihak kepada BN. Maka BN mempunyai sokongan majoriti di DUN. Proses itu berlaku dalam lingkungan demokrasi iaitu atas kerelaan tiga ADUN itu untuk menyokong BN (disebabkan kemelut dalaman parti pembangkang sendiri), bukannya dengan melanggar undang-undang atau merampas kuasa menggunakan senjata sebagaimana terjadi sesetengah negara. Tafsirlah angka dan kronologi berlaku peralihan kerajaan itu dengan fikiran yang waras.
Sebenarnya ada isyarat yang amat menakutkan dalam kekecohan di Perak. Ia merupakan petunjuk yang kian jelas bahawa Malaysia mahu diheret menjadi negara republik sebagaimana gagasan salah satu parti dalam pakatan pembangkang. Misi pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan gelombang ke arah republik kian ketara. Sebelum sidang DUN itu bermula, gerakan menghimpunkan rakyat atas nama One Black Malaysia sudah bermula. Di dalam blog-blog pembangkang, sentimen menolak dan menghina raja dimainkan secara liar. Siapa dalang di belakang gerakan ini semua? Tidak susah untuk membuat telahan. Ia berkait rapat dengan parti yang sejak awal merdeka lagi mengimpikan negara republik dengan dibantu oleh pemimpin Melayu yang sangat terdesak untuk berkuasa. Sememangnya ada tangan ghaib di belakang segala gerakan menggunakan demonstrasi jalanan dan provokasi liar ini. Mujur sambutan di kalangan rakyat dingin kerana mereka sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan dan keadaan tidak harmoni. Berdasarkan maklumat yang Awang terima, ada cubaan untuk mencetuskan kekacauan besar dengan menjadikan isu di Perak sebagai pemangkin. Ia antara lain bagi menggugat kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang semakin mendapat keyakinan rakyat dengan pelbagai pembaharuan yang digerakkan.
Insiden itu memang dirancang dari awal untuk menarik perhatian dunia bagi memburukkan imej kerajaan, sebagai satu lagi sabotaj terhadap negara. Tidak hairanlah kekecohan tersebut sama ada di dalam dewan mahupun tindakan polis menjaga ketenteraman awam di luar, mendapat liputan meluas banyak media antarabangsa.
Ia juga bagi memperhebatkan momentum persepsi negatif ke atas imej kerajaan menjelang kes perbicaraan liwat pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pada Julai ini. Muslihat sebegini bukan baru. Anwar makin bimbang lebih-lebih lagi banyak perkembangan terkini tidak memihak kepada PKR dan beliau sendiri.
Sebab itu, Awang tidak terkejut dengan apa yang berlaku di DUN Perak kerana ia adalah strategi pembangkang untuk sentiasa mewujudkan aktiviti panas dan gelora dari semasa ke semasa agar dapat memainkan sentimen rakyat demi meraih sokongan.
Pembangkang akan terus memainkan rentak agar rakyat sentiasa berpolitik tanpa mempedulikan tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk bekerja, menjaga keharmonian dan menangani cabaran ekonomi hidup.
Apa pun, isu dan insiden terbaru di DUN Perak menuntut renungan semua pihak tentang siapa sebenarnya pembangkang. Pada Awang, pembangkang telah melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi hati rakyat dengan memperlihatkan imej yang amat buruk. Sepatutnya barisan ADUN pembangkang bertindak bijak dengan menerima hakikat mereka tidak lagi berkuasa dan menjunjung institusi raja, nescaya mereka akan mendapat simpati majoriti rakyat. Itu nampaknya tidak berlaku. Yang jelas tindak-tanduk mereka yang menggunakan nama Pakatan Rakyat tidak mencerminkan perasaan dan aspirasi rakyat. Yang lebih meresahkan ialah gerakan politik pembangkang yang ternyata menggugat institusi raja sama ada tersirat mahupun tersurat. Pada mereka, menghina raja sudah dianggap hak demokrasi. Tanpa kita sedari itulah juga kejayaan pembangkang pasca Pilihan Raya Umum Ke-12. Mereka sudah di pertengahan jalan ke arah negara republik, adakah kita mahu merelakannya?
Lagi serbuan Polis
(Sila layari cinaislam)
Sabtu, 9 Mei 2009
Lagi hal pencerobohan pasukan keselamatan ke atas rakyat
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Wan Jusoh Wan Kolok pihak polis telah meluluskan permit untuk adakan acara tersebut namun telah membatalkannya atas alasan yang tidak munasabah. Menurut beliau dalam surat pembatalan tersebut menyatakan antara lain permit yang diperolehi tidak sepatutnya diluluskan oleh pegawai yang meluluskan permit tersebut. Mereka memaksa acara dipindahkan pada saat akhir ke stadium di Selayang dan ini merupakan satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadap kebebasan rakyat untuk mengadakan aktiviti sosial dan kegiatan politik. Tambah beliau anggota FRU yang muncul di tapak acara sambutan dengan diiringi anggota polis daripada IPD Gombak telah merampas bendera, kain rentang serta mengenakan sekatan jalan raya di kawasan sekitar Tasik Puteri menuju ke tempat di mana sambutan tersebut diadakan. Lagi pelik bin ajaib bila anggota penguatkuasa MPS sendiri turut terlibat membuat rampasan dan menggagalkan acara tersebut walaupun ia mendapat dokongan kerajaan negeri.Menurut salah seorang anggota penguatkuasa arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha MPS. Ini menimbulkan kesangsian sama ada MPS yang di bawah kuasa kerajaan negeri tidak menghormati dasar pemerintahan kerajaan negeri Pakatan rakyat tetapi sebaliknya lebih cenderung kepada Umno dan BN. Peniaga yang telah siap sedia untuk memulakan perniagaan mereka juga telah diarahkan pulang dan hampir 50 gerai juga diarah tutup. Pihak polis juga memberi amaran akan menangkap sesiapa sahaja termasuk pemimpin Pakatan rakyat sekiranya program sambutan ini diadakan juga disitu.
dulu dan kini


















